PUTRAJAYA: Apabila matahari melabuhkan tirai cahayanya, bermulalah pula pancaran cahaya lampu kombinasi warna biru, kuning, merah dan putih yang membawa simbolik Jalur Gemilang di Perdana Putra, Jambatan Seri Wawasan, Jambatan Seri Saujana dan air pancut di Tasik Putrajaya.
Begitulah pemandangan warna warni rutin yang menyinari empat lokasi ikonik di Putrajaya itu dari 7 malam hingga 12 tengah malam setiap hari sejak 7 Ogos lepas hingga 16 Sept ini, yang bukan hanya menceriakan suasana, malah meresapkan rasa kecintaan penduduk pada negara sempena sambutan Hari Kebangsaan.
Airene Alang, 35, berkata pemerhatiannya mendapati semangat kemerdekaan yang dapat disambut atau ditonjolkan secara fizikal, kurang dirasai dalam situasi pandemik COVID-19 sekarang.
"Tapi bila nampak bangunan Perdana Putra dengan lampu yang sama dengan warna bendera Malaysia, ia sedikit sebanyak memberi harapan dan semangat, bahawa Hari Kebangsaan tetap ada dan perlu dirai walau dalam suasana yang sederhana," kata penjawat awam itu kepada Bernama.
Beliau yang menetap di Presint 18 mengakui, merindui saat untuk melihat persembahan dan perbarisan kontinjen-kontinjen dan aset-aset negara pada 31 Ogos, namun akur pandemik COVID-19 tidak memungkinkan ia berlaku.
"Kerinduan terhadap kemeriahan warna-warni perarakan dan persembahan formasi pesawat pejuang di awan biru sedikit terubat, dengan keceriaan malam di Putrajaya," katanya yang akan mengamati pemandangan lampu-lampu berkenaan apabila berbasikal untuk beriadah.
Siti Paridah Busairi, 34, berkata beliau tertambat dengan kecantikan warna warni seakan Jalur Gemilang di Jambatan Seri Wawasan, dan terus mengingatkannya tentang Bulan Kebangsaan.
"Sedikit sebanyak dengan pemasangan lampu hiasan sebegitu sememangnya mampu mencetuskan semangat kemerdekaan dalam jiwa sesiapa yang melihatnya," katanya.
"Kita perlu syukuri sebagai seorang warganegara Malaysia, meskipun kita sedang diuji dengan penularan wabak namun sekurang-kurangnya kita masih mampu hidup dalam keadaan selamat dan aman, dalam negara yang harmoni," katanya lagi.
Mengenai erti kemerdekaan bagi dirinya, Siti Paridah berkata pandemik COVID-19 mengajarnya untuk lebih menghargai kebebasan yang dikecapi sebelum ini.
"Kalau sebelum ini kita selalu mengabaikan nikmat kebebasan bergerak dan menjalani rutin harian di luar seperti bekerja, membeli-belah, riadah bersama keluarga, lepak makan bersama kawan-kawan di kedai makan dan melancong ke serata destinasi menarik dalam dan luar negara, namun bila terkurung untuk tempoh masa yang lama membuatkan erti 'kemerdekaan' itu begitu sayu dirasai," katanya.
Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain berkata, Program Pencahayaan Malam Putrajaya diadakan bersempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini.
"Selain empat lokasi berkenaan, beberapa bangunan kerajaan dan swasta di Putrajaya turut dipancarkan dengan pencahayaan berbentuk 'External to Festive Light (Warm White)' dan 'internal lighting' (pencahayaan dalaman) untuk memeriahkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini," katanya.
Menurutnya, 31 bangunan antaranya Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Kewangan, Istana Kehakiman, Kementerian Pengangkutan dan Dorsett Hotel Putrajaya, diterangi dengan cahaya 'warm white', manakala tiga bangunan iaitu Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Bahagian Hal-Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri di Presint 3 pula. dipancarkan 'internal lighting'.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 21 2021
Program Pencahayaan Malam Putrajaya diadakan bersempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini. - Foto BERNAMA
Kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus - KKM
Jumlah kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus kepada 1,230 kes pada Minggu Epidemiologi ke-20 (ME 20/2024) iaitu bagi tempoh 12 Mei hingga 18 Mei 2024, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).
Anggota MALBATT meninggal dunia di Lubnan
Seorang Pegawai Tidak Tauliah (PTTK) dari Malaysian Battalion 850-11 (MALBATT 850-11) yang dalam misi United Nations Interim Force in Lebonan (UNIFIL) meninggal dunia, pada Sabtu.
Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk
Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk
UAE hantar 100 tan bantuan kemanusiaan ke Brazil
Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Sabtu telah menghantar pesawat bantuan pertama yang membawa 100 tan makanan, perubatan dan bantuan kemanusiaan untuk membantu mangsa banjir dan hujan lebat yang melanda Brazil baru-baru ini.
Sekurang-kurangnya 400 maut susulan hujan lebat, banjir di Afghanistan
Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian.
Gunung Ibu meletus, tujuh kampung dipindahkan
Letusan gunung berapi di pulau terpencil Indonesia, Halmahera semalam yang memuntahkan awan abu kelabu ke langit memaksa penduduk tujuh kampung dipindahkan.
[TERKINI] Lelaki ceroboh, serang anggota di Balai Polis Dato' Keramat ditahan
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai menyerang anggota polis di Balai Polis Dato' Keramat, George Town pada Ahad.
Serang balai polis: Henti kaitkan dengan kumpulan ekstremis, JI
Semua pihak perlu berhenti menyebar spekulasi liar mengaitkan insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini dengan kumpulan ekstremis termasuk Jemaah Islamiyah (JI).
Beri lebih peruntukan kepada Selangor
Sany meminta agar kerajaan persekutuan memberikan lebih peruntukan kepada negeri Selangor, khususnya daerah-daerah yang sedang pesat membangun.
Percepat proses, kerja naik taraf jalan persekutuan
Kerja naik taraf yang sedang berjalan di Jalan Persekutuan dari Persimpangan Jalan Dato’ Alias ke Persimpangan Batu 9, Cheras perlu mempunyai kesinambungan bagi memastikan keselesaan berterusan dan mengurangkan kesesakan trafik khususnya pada waktu puncak.
Lima bazar Ramadan di Putrajaya hasil 6-7 tan sisa domestik sehari
Hafizudin mengakui terdapat peningkatan sisa domestik jika dibandingkan dengan tahun lepas, susulan pertambahan jumlah peniaga tahun ini.
Sesi akademik 2024/2025: 39,162 murid mula sesi persekolahan di Putrajaya
Jumlah itu membabitkan seramai 1,051 murid prasekolah, 23,096 murid sekolah rendah dan 15,015 pelajar sekolah menengah.
Yakin Kerajaan Perpaduan komited bantu Bumiputera Sabah - Hajiji Noor
Sabah mempunyai aspirasi tinggi bersama rakyat Malaysia menikmati kemakmuran dan kemajuan ekonomi negara.
Kerajaan tidak pertahan badan agensi curang, terlibat projek tidak manfaat Bumiputera
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kerajaan Madani tidak akan mempertahan mana-mana badan agensi Kerajaan yang curang.
Kerajaan Sarawak tekad hapus isu kemiskinan rakyat
Kerajaan Sarawak nekad meningkatkan sosio ekonomi serta menghapuskan kemiskinan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang.
Jabatan Wilayah Persekutuan perkenal inisiatif lonjak potensi ekonomi
Jabatan Wilayah Persekutuan memperkenalkan dua insiatif antaranya meningkatkan siling dalam melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara.
Putrajaya memulakan ujian trem tanpa landasan
Ia sekaligus memberikan mod pengangkutan alternatif kepada penduduk setempat, mahupun kepada mereka yang berkunjung ke Putrajaya.
Pembangunan pesat Wilayah Persekutuan seiring sosioekonomi penduduk
Kerajaan akan memastikan pembangunan sosial dan ekonomi penduduk Wilayah Persekutuan sentiasa seiring dengan pembangunan pesat di wilayah berkenaan.
Putrajaya curi tumpuan pengunjung pada cuti sekolah dengan pelbagai aktiviti
Putrajaya sering menjadi lokasi pilihan dibanjiri pengunjung setiap kali cuti sekolah atau umum memandangkan jaraknya yang dekat dengan Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan, menawarkan pelbagai
Angkat sumpah ahli Kabinet baharu esok: Siapa kekal, siapa bertukar? Ada kejutan ...
Istiadat Angkat Sumpah Menteri dijadualkan akan berlangsung di Istana Negara pada jam 3 petang Selasa, menandakan rombakan Kabinet pertama di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.